"Kongsikan Luahan, Kisah , Petua, Pendapat, Tips , Pengalaman, Resepi Dan Sebarang Artikel Anda Yang Boleh Dimanfaatkan Bersama-sama"

Latest Post

4 Oct 2017

(Resepi : Video) Tauhu Goreng Telur Masin


Hai Semua,
PERNAHKAH ANDA MERASA TAUHU GORENG TELUR MASIN????? 😨😨 Mungkin ada di kalangan anda yang tidak pernah merasa resepi TAUHU GORENG TELUR MASIN… 

HIDANGAN tauhu yang dipotong berbentuk kiub cukup menyelerakan..🍴 Apatah lagi dicelup dalam adunan khas campuran TELUR MASIN dan kemudian digoreng sehingga rangup. 

Kesegaran tauhu cukup terasa dan aroma daun bawang membangkitkan selera. 😋😋 AJom…….Di waktu senggang pada hari minggu ini, apa kata anda cuba resepi ini pula...



RESEPI TAUHU GORENG TELUR MASIN

📍Bahan-Bahan:
• 5 ketul tauhu dipotong berbentuk kiub
• 2 sudu besar tepung ubi
• 2 biji putih telur ayam
• 3 biji kuning telur masin
. Cebisan roti
. Minyak
• Daun bawang

🍭🍭Cara-Cara:
1) Salut tauhu dengan telur ayam, tepung ubi dan serbuk roti.
2) Panaskan minyak
3) Goreng tauhu tersebut sehingga kekuningan dan toskan minyak.
4) Kemudian lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit minyak sayur.
5) Panaskan kuali semula
6) Masukkan kuning telur masin dan daun bawang.
7) Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah ditos tadi dan gaulkan sehingga rata.
Senang saja kan?? Selamat menjamu selera!

Kredit : Fb Senangnya Masak 

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

1 comment:

Fisya said...

Sedapnya..boleh cuba buat nanti