"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

15 Sep 2017

(Resepi : Video) Siakap 3 Rasa Ala Thai


Sekejap je dah hari Jumaat. Salam Jumaat kepada semua. Mesti seronok kan sebab esok dah cuti. Yeyyyy !! Emm untuk kaum wanita mesti terfikir-fikir apa nak  masak malam ni. Dah tentu resepi special kan sebab esok kan cuti, jadi penat sikit pun tak apa.

Jadi sebelum terfikir nak beli bahan-bahan kat kedai runcit, admin cadangkan cuba resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai ....konpem marvelles....Kalau jadik macam ala-ala Malaysia pun tak apalah, janji air tangan ibu/isteri ini mesti berkat dan sedap...ajomm..



RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI  

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak – untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos: 
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum – guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Memasak:
1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing. 

2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit. 

3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 

4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. 

5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng. 

6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Kredit : Fb Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang



No comments: