"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

18 Sep 2017

(Resepi : Video) Bulgogi@Korean Grilled Beef


Haaaa...resepi kali ni memang lain sikit. Admin tak pernahlah cuba, apatah lagi merasa. Nama pun pertama kali dengar hehe. Biasalah lidah ni dah tua, selalu makan daging goreng jerr...Sesiapa peminat masakan Korean ni konpem tahu apa jenis masakan ni kan.

Tapi tak salah nak mencuba. Lari sikit dari masakan yang dah biasa sangat buat. Bahan dan cara-cara buat pun macam mudah je...ajomm ...sambil masak, sambil layan K-Drama hihi :)


Resepi Bulgogi@Korean Grilled Beef

Bahan-bahan:-
500g daging (potong bkeping nipis)
5 ulas bawang putih (parut)
1 1/2 inci halia (parut)
1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
1sk cuka
3sb gula
4sb kicap manis
1sb sos lada hitam
1sk soya sauce
1sb minyak bijan
1sk cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
sedikit garam

Bahan Hiasan:-
daun bawang(hiris pjg dlm 2cm)
bijan (sangai)


Cara-Cara :
1)campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan.kacau rata 

2)masukkan daging.kacau sampai semua daging bersalut 

3)perap 3 jam 

4) guna nonstick fry pan.grill/bakar letak sekeping sekeping.masukkan skali bawang yg dihiris masa bakar.
siap!!angkat hidang..tabur daun bawang dan bijan. 

kaedah masak lain yg mudah n agak bkuah tp rasanye same je👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 

pkai nonstick fry pan.just masukkan semua bahan daging dan 1/2 sos perap tu dlm fry pan.msak sampai dging msak..tabur daun bawang n bijan 

saya suke yg ade bkuah sikit😁 

sedap dimakan dengan nasi panas2 @ wrap dengan salad letak kimchi sikit😘😘 

Kredit resepi: Nurul Suhada Mazlin

Kredit : Fb Resepi Masakan Daging 

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

No comments: