"Kongsikan Luahan, Kisah , Petua, Pendapat, Tips , Pengalaman, Resepi Dan Sebarang Artikel Anda Yang Boleh Dimanfaatkan Bersama-sama"

Latest Post

16 Aug 2017

Kami OCD


Thank you admin kalau artikel ni disiarkan. Saya bukanlah pelajar IIUM, tapi hanyalah peminat IIUM Confession daripada sebuah IPTS di ibu kota.

OCD.. Sesetengah orang mungkin pernah dengar tentang penyakit ni. Bagi yang tak tahu, OCD atau Obsessive Compulsive Disorder adalah “pemikiran yang tidak masuk akal dan ketakutan atau obsesi tertentu mendorong anda untuk melakukan sesuatu secara berulang-ulang.” Copy paste daripada satu website. Ramai orang salah faham bahawa OCD adalah mengenai kebersihan semata-mata.

OCD ni ada macam-macam kategori. Contohnya, takut kepada kuman, sukakan kesamarataan, takut melakukan kecederaan dan dicederakan dan macam-macam lagi. Ketakutan-ketakutan inilah yang akhirnya membawa kepada kelakuan yang berulang-ulang tu. Contoh lagi, bila penghidap tu takut kepada kuman, dia akan basuh tangan dia berulang-ulang kali. 

Bila dia sukakan kesamarataan, dia akan susun sesuatu secara teratur dan bila dia takut akan kecederaan, dia akan berulang-ulang untuk memeriksa persekitaran seperti:- memeriksa dapur gas untuk memastikan api sudah ditutup, memeriksa pintu pagar adakah sudah berkunci dan macam-macam lagi. Mesti pembaca fikir, itu benda biasa untuk dilakukan, kan? 

Tapi, ianya tidak biasa sama sekali, sebab mereka akan memeriksa beberapa kali walaupun mereka sedar mereka telah menutup api dapur dan telah mengunci pintu pagar. Ni apa yang aku faham berdasarkan pembacaan aku. Kalau nak lagi faham boleh layari www.ocdtypes.com

Jadi, apa pointnya aku cerita panjang lebar ni? Sebab aku seorang penghidap OCD.

Aku mengaku aku bukanlah pembersih sangat tapi aku suka basuh tangan aku. Kiranya tangan aku tak boleh kotor langsung atau bahasa mudahnya tak boleh ada benda asing melekat dekat tangan. Makanan tu terkecuali lah. Tak kan aku nak makan pakai sudu pulak 24 jam. Lepas aku buat sesuatu perkara, aku mesti akan basuh tangan. Kadang-kadang aku rasa macam tak perlu je nak basuh, tapi macam dah jadi satu rutin. Sedar-sedar je aku dah sampai toilet. 

Dan bila kat toilet awam, aku rasa rimas bila orang keluar toilet tak basuh tangan. Macam tu tangan aku pulak. Tolong jangan kecam, sebab ini apa yang aku rasa. Lepas je basuh tangan dekat sinki, kalau boleh aku tak nak sentuh apa-apa dekat toilet tu guna jari. Pili air pon seboleh-bolehnya aku tutup pakai tapak tangan dan aku basuh balik pakai air yang mengalir sikit- sikit lepas tutup tu. Dengar macam pelik, tapi itulah aku.

Dan aku ada pelbagai tabiat pelik sejak aku kecil. Tabiat buat kerja pelik yang orang tengok tak masuk akal dan berulang-ulang. Kalau korang tengok ada orang terdekat yang bertabiat macam tu, faham-fahamlah. Tabiat tu tak kekal tapi asyik bertukar-tukar. Contohnya, aku sentuh satu barang macam handphone, tak lama lepas tu, aku sentuh balik, dan begitulah seterusnya sampailah aku puas hati. Bila orang lain tengok, mesti diorang fikir apa kejadahnya aku buat benda tu, tapi aku tak dapat kawal fikiran yang suruh aku sentuh handphone tu. 

Kadang-kadang aku rasa stress tapi aku buat juga. Lepas je tabiat menyentuh hilang, akan muncullah tabiat lain, antaranya ialah aku hidu jari sendiri. Tah bau apa yang sedap sangat dekat jari tu pun aku tak tahulah. Ni masa kecik la. La ni tak buat dah. Dan macam-macam lagilah. Sekarang aku ada tabiat lain, tapi tak payah bagitau la. Nanti yang kenal aku tahu siapa aku. Hehe.

Seterusnya, aku memang sukakan kesamarataan. Apa-apa yang aku buat mesti sama rata. Susah lah nak bagi contoh, tapi yang penting, aku suka tegok benda yang simetri. Aku juga suka susun barang yang sama mengikut warna. Pernah sekali aku kerja dekat butik. Dekat butik tu ada jual pewarna kuku, gigih pula aku susun balik beratus pewarna kuku tu ikut warna. Baju-baju pun aku susun ikut warna. Kalau semua baju bewarna hijau, aku akan susun mengikut tone daripada yang hijau cerah kepada yang gelap. Barang-barang lain pun macam tu jugak.

Selain tu, aku jugak suka membayangkan benda-benda yang menakutkan. Kalau aku nak tidur, aku akan bayangkan perompak masuk rumah & macam-macam lagilah. Takut pulak nak tulis. Fikran aku ni suka fikir yang bukan-bukan dan terlalu jauh. Bila jari aku terluka, aku akan terfikir macamana kalau aku ada diabetes dan aku tak tahu dan luka tu jadi teruk. Walaupun dalam hal kecik, aku jadi seorang yang overthinking. And one more thing, aku suka mengira dalam hati. Bila naik tangga, bila susun barang. Aku kira benda yang aku buat tu, bukan kira saja-saja.

Cukuplah aku cerita apa yang terjadi pada diri aku. Apa yang aku nak sampaikan adalah, kat dunia ni ada macam-macam benda yang kita tak tahu. Just because someone is different, doesn’t mean you can make fun of her/him. Aku pernah melaluinya. Sesetengah orang tak faham dan gelak atau persoal apa yang aku buat, tapi percayalah yang kami pun tak nak benda ni berlaku tapi ianya tak boleh dikawal. Only the sufferers know.

P/s Buat pembaca, maaf dipinta andai ada ayat yang berterabur. Saya bukanlah seorang penulis professional. Maaf juga andai ada ayat yang mengguris hati atau perasaan pembaca.


-J

Kredit : IIUMC

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

No comments: