"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

22 Jul 2017

Awas Beri Jus Anggur, Susu Kambing etc Pada Bayi Kuning! Mak Ayah Tolong Peduli Penjelasan Doktor Ini


Jaundis Neonatal ialah penyakit yang umum di kalangan bayi yang baru lahir namun, jika dikesan pada peringkat awal, ianya boleh dirawat dengan berkesan tanpa sebarang risiko dan kecacatan.
Fahamkan penjelasan Dr. Anushree Narayanan, MBChB (Sheffield, UK), MRCPCH (Lon), FAMS (S'pore), Pakar Runding Pediatrik & Neonatalogi dari Tropicana Medical Centre


Sebab Jaundis

Jaundis baru lahir atau Jaundis Neonatal sangat berbeza dari jaundis yang boleh berlaku dalam orang dewasa. Untuk orang dewasa, ia biasanya terdapat satu tanda penyakit di hati tetapi untuk bayi-bayi baru lahir, ianya mempunyai tanda di bahagian fisiologikal, yang bermaksud ia sebahagian daripada fungsi normal badan.

Ini terjadi kerana hasil daripada kerosakan sel-sel darah merah lebihan yang terdapat di dalam bayi baru lahir.

Semasa hayat di dalam janin, bayi memerlukan sel-sel darah merah tambahan untuk membantu membawa oksigen ke sekitar badan tetapi selepas kelahiran, sel-sel ini tidak lagi diperlukan dan akan mula pecah.

Di proses ini, produk daripada kerosakan ini ialah satu bahan yang dipanggil bilirubin. Bilirubin biasanya akan diproses oleh hati dan dikumuh melalui najis. Hati seorang bayi baru lahir yang masih baru, belum cukup matang untuk mengatasi tugas ini dan oleh itu bilirubin terkumpul di dalam darah dan berkumpul hingga menyebabkan jaundis.

Oleh kerana itu, hati bayi pramatang memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk memproses lebihan bilirubin dan akan lebih cenderung kepada jaundis.

Bayi-bayi yang mempunyai kumpulan darah berbeza dari ibu mereka akan mengalami peratusan kerosakan sel darah merah yang lebih tinggi dan risiko jaundis neonatal yang lebih teruk.

Dalam populasi Asia Timur, sangat umum untuk mengalami enzim hati yang lemah yang dipanggil kelemahan G6PD. Bayi G6PD mempunyai risiko yang lebih tinggi apabila menghadapi risiko jaundis.


Kenapa Ia Bahaya

Pengumpulan bilirubin dalam darah boleh menjurus kepada satu keadaan yang dipanggil ‘Kernicterus’. ‘Kernicterus’ berlaku apabila pigmen bilirubin yang disimpan di dalam otak yang mengakibatkan kerosakan. Ini membawa kepada keadan yang kronik dan ketidakupayaan. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.


Sehari/Dua Hari Selepas Kelahiran

Tahap-tahap dan tanda-tanda juandis lazimnya akan mula kelihatan.


Hari Ke Tujuh

Tanda itu akan terus meningkat


Selepas Hari Ke Tujuh

Kebiasaannya hati bayi sudah mampu memulakan proses mengeluarkan bilirubin dan tahap bilirubin dalam darah akan turun secara semula jadi.


Dalam Seminggu Selepas Kelahiran

Bayi memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti untuk memastikan tahap kekuningan tidak melonjak dengan mendadak dan terkawal dalam peratusan yang selamat. Jika meningkat tinggi, bayi perlu dirawat dengan diletakkan di bawah fototerapi yang mana akan membantu proses mengeluarkan kerosakan bilirubin di dalam kulit.
Rawatan awal ini akan memastikan bayi tidak berada dalam risiko ‘Kernicterus’.




Tanda Bayi Kuning

Bayi yang baru lahir kebiasaanya akan mula menunjukkan tanda-tanda Jaundis dalam tempoh hari ketiga kelahiran hingga hari kelima kelahiran dengan kulit akan mengalami kekuningan.

Jaundis biasanya bermula dari bahagian muka dan akan turun ke seluruh badan. Jika kekuningan hingga ke paras paha, ianya adalah tahap jaundis yang tinggi dan memerlukan rawatan perubatan.

Bayi yang mengalami jaundis dalam tempoh 24 jam pertama kelahiran harus diperiksa dengan lebih teliti kerana ini tidak dianggap sebagai fisiologikal.

Jaundis dapat disahkan dengan mengambil sampel kecil darah bayi (di bahagian tumit) dan diuji di makmal.


Keadaan Yang Harus Mak Bimbangkan

1. Tanda – tanda Jaundis kelihatan sebelum cukup 24 jam kelahiran
2. Jaundis merebak dengan cepat dan dapat dilihat pada bahagian dada dan ke bawah
3. Jaundis berterusan selepas 2 minggu selepas kelahiran
4. Bayi mempunyai pucat (whitish-grey) najis dan air kencing berwarna kehitaman (coklat)


Tempoh Jaundis

Jaundis neonatal biasanya akan bertahan kurang daripada 2 minggu, tetapi boleh berlarutan lebih lama untuk sesetengah bayi.
Bayi-bayi yang menunjukkan tanda-tanda jaundis melebihi 2 minggu selepas kelahiran harus dibawa untuk pemeriksaan untuk memastikan ianya tidak berkait dengan penyakit-penyakit lain seperti Hipotiroidisme Kongenital atau jangkitan di saluran kencing.

Terdapat juga 10% dari bayi yang menyusu badan secara eksklusif mengalami jaundis di bulan pertama kelahiran, jika ini berlaku bayi haruslah diperiksa oleh doktor untuk memastikan ianya tidak berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dinyatakan dia atas.


Apa Mak Perlu Buat

*    Pastikan Bayi Kekal Hidrat
*    Bayi tak sepatutnya diberikan air kosong
*    Mak pastikan bayi diberi susu setiap 3 jam untuk memastikan bayi menghasilkan air kencing dengan banyak. Jika najis bayi menjadi warna putih atau tidak berwarna, bawa bayi anda untuk berjumpa doktor dengan segera.


Hati-Hati Beri Bayi Perahan Anggur, Susu Kambing etc

Cara ini sangat tak selamat bagi bayi anda.
*    Susu kambing yang tidak dipastur boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada bayi.

*    Jus anggur dan semua produk semula jadi mengandungi banyak bahan-bahan cemar yang tidak dapat diproses oleh bayi.Ianya boleh mengancam nyawa, terdedah kepada jangkitan, komplikasi alahan dan juga masalah penghadaman.

*    Cara terbaik adalah untuk menyemak dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana daripada penawar asli ini.


Sumber/Foto:  Dr. Anushree Narayanan, MBChB (Sheffield, UK), MRCPCH (Lon), FAMS (S'pore), Pakar Runding Pediatrik & Neonatalogi dari Tropicana Medical Centre


Oleh:Netty Ah Hiyer


Kredit : mingguanwanita

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 

No comments: