"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

9 Jul 2017

7 Sebab Untuk Anda Berhenti Berharap & Melepaskan Kisah Silam

Kenapa hati anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?Antara sebabnya adalah kita masih memendam kisah-kisah silam.Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.

Sebagai manusia biasa, memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata.Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.

Kita tidak suka perubahan yang berlaku. Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat. Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.

Sebenarnya punca kepada segala kesakitan ini adalah kedegilan kita untuk move on, untuk melupakan perkara-perkara yang telah berlalu. Hati kita masih berpegang kemas bahawa “masih ada harapan”,  kita masih takdir akan berubah dan menjadi seperti apa yang kita harapkan.

Mengapa kita selalu merumitkan kehidupan kita dengan harapan yang tidak berkesudahan ini? Jadi bagaimana kita boleh melupakan dan melepaskan kisah silam? Pertama sekali, kita kena sedar bahawa tiada harapan sebenarnya dari kisah terdahulu.

Hidup akan lebih mudah jika kita memahami perkara-perkara ini:

1. Bila kita melepaskan kisah silam, kita membenarkan diri kita untuk menjadi terbaik dengan apa yang kita ada sekarang

Hati tidak akan tenang bila selalu mengenang. Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Benda penting untuk kita bahagia dalam jangka panjang, adalah bergantung kepada kesanggupan kita untuk melupakan apa yang anda harapkan.... dan secara ikhlas menerima dan menghargai apa yang Allah telah tetapkan.

Redha tentang semua perkara yang terjadi, dan lakukan apa yang terbaik dengan kehidupan sekarang. Past is just something we can’t do anything about. Future, who knows, it could be wonderful. Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..Trust in Allah timing. Rely on His promises.

2. Dengan melupakan, kita akan membebaskan fikiran kita dari rasa risau yang tidak berkesudahan

Bila kita ‘hilang’ dalam kerisauan, kita akan mudah tersilap menganggap apa yang kita risau itu sebagai sesuatu yang benar. Apa yang terbaik adalah selalu istigfar dan sentiasa sedarkan hati. Terima apa yang datang, lepaskan apa yang telah pergi dan yakinlah bahawa perkara yang baik sedang Allah aturkan.

Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita. Memang sesetengah babak dalam kehidupan kita memang akan berakhir tanpa penutup. But, there’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken.

Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.

3. Bila anda melepaskan kisah silam, kita membenarkan jiwa kita sembuh

Bila ada seseorang membuatkan kita patah hati, memang sangat sukar untuk melaluinya. Tapi anda akan kembali pulih.... dengan syarat anda ikhlas menerima yang telah terjadi dan perlahan-lahan redha dengan apa yang berlaku.

Sebagai contoh, anda mungkin pernah terfikir “mengapa aku pernah jatuh hati pada dia? Sepatutnya aku pernah tak beri secebis pun hati aku padanya!”. Tapi malangnya pemikiran sebegini tidak akan pernah membantu. Jika anda tidak pernah, maka semua ini tidak akan terjadi. Tetapi disini, anda pernah. Ini adalah realiti.

Mungkin jiwa kita terlalu sakit bila dikhianati. Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.Dan dengan menerima realiti, dan semua yang terjadi, ia adalah sebahagian daripada proses untuk melepaskan dan menjadi lebih matang. You’re always growing.  Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.

4. Bila anda melepaskan, maka lebih mudah untuk anda memaafkan diri sendiri

Semua kesilapan dan kebodohan yang pernah kita lakukan selalunya boleh dimaafkan oleh orang lain, kecuali diri kita sendiri.
Penyesalan adalah satu hukuman yang berat dalam kehidupan. Ia membuatkan hidup kita rasa seperti tidak bermakna dan dihantui rasa bersalah. Adakah kita mampu memaafkan diri sendiri?

Jawapannya adalah YA. Kadangkala, anda harus memandang diri anda sendiri di hadapan cermin dan berkata:

‘Semua ini sudah terjadi. Ini adalah teruk. Ini adalah kesilapan yang sangat besar. Tetapi saya telah belajar dari kesilapan ini.. saya telah sedar. Rahmat Allah itu luas dan saya masih ada peluang kedua’
I don’t judge you for what has happened. In life, we all make mistakes. Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.Termasuklah kepada diri sendiri.

5. Bila anda melepaskan, anda akan menikmati kejutan demi kejutan dalam kehidupan

Kehidupan adalah penuh dengan kecantikan yang tak terjangka dan kejutan yang menarik. Dan kadangkala, kehadiran saat yang indah itu menjelma secara tiba-tiba sehingga terlalu hebat untuk ditanggung. Anda tahu bagaimana perasaan tersebut? Bila sesuatu itu sangat indah?

Bila saat ada seseorang yang mengatakan, menulis atau memainkan sesuatu melodi yang membuatkan anda rasa tersentuh dan menitiskan air mata. Adakah anda ingin melepaskan saat ini disepanjang hidup anda? Oleh itu lepaskanlah masa lalu dan berikan sepenuh perhatian kepada apa yang kehidupan berikan kepada anda sekarang.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan? 

6. Dengan belajar melepaskan, kita akan belajar lebih kuat untuk menghadapi kesakitan mendatang

Kehidupan ini sentiasa ada pasang surutnya. Kesakitan itu memang datang silih berganti. Bukan bermaksud Tuhan itu zalim, tetapi ia adalah satu keperluan untuk kita membina pengalaman dan menjadi lebih matang. Manusia yang paling kuat adalah orang yang merasa sakit, menerimanya, belajar dari kesakitan tersebut, dan melawannya kembali.

Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya. Dengan luka tersebut, mereka belajar menjadi lebih bijak. Ia berkenaan keberanian kita untuk berhenti menjadi lemah, mengesat air mata dan kembali ke dalam gelanggang kehidupan untuk bertempur dengan lebih garang dari sebelumnya.

Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma kita kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.

7. Bila kita telah melepaskan masa silam, InsyaaAllah hidup kita akan lebih tenang (dan lebih bersyukur)

Dengan melepaskan masa lalu.... ia adalah sebahagian daripada rasa syukur kita untuk pengalaman yang membuatkan kita ketawa, yang membuatkan kita menangis, dan membantu kita belajar dan lebih matang. Terima apa yang kita ada, apa yang pernah ada, dan segala kemungkinan yang bakal tiba.

Ia akan memberi kita kekuatan untuk menempuhi kehidupan dan perubahan yang dapat dielakkan, serta percaya pada gerak hati sendiri. Kita akan sedar bahawa setiap pengalaman mempunyai nilai tersendiri dalam kehidupan.

InsyaaAllah, kita akan lebih tenang dan yakin untuk mengambil setiap langkah baru setiap hari. Dan kadangkala, perkara-perkara inilah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.

Melepaskan masa silam bukan bererti kita menyembunyikan kesakitan..

Tetapi ia berkaitan untuk lebih ‘hidup’ dan membuka fikiran. Ia berkenaan untuk mengenalpasti punca kesakitan kita selama ini, menerimanya agar kita boleh belajar, dan menjadi lebih matang. Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Jika kita tidak mampu berdamai dengan takdir, kita pasti tidak akan tenang. Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.

Berdoalah.

Kadang kala Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (serta berdoa). Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

oleh :   

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

No comments: