"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

18 Jun 2017

Sihir, Dendam Bekas Housemate Yang Psiko Dan Pengotor



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Dari mana aku nak mula, aku pon kurang pasti. Kisah yang aku kongsikan ini, kisah benar yang terjadi dalam hidup aku, akibat rasa tidak puas hati bekas rakan serumah.

Sebenarnya, aku pernah bercerita tentang housemate aku (Nani bukan nama sebenar) yang pelik dan pengotor di satu confession page, beberapa bulan lepas, dan dapat 3.5k shares kalau tak silap (sorry kalau salah). Kalau ada yang follow, mungkin ada yang perasan satu post tentang cerita housemate aku yang pengotor (pengotor tahap dewa dewi cikebum cikebum). Untuk yang tak follow, aku summarize kan cerita. Klimaks cerita tu, rumah aku dipenuhi ulat sampah yang banyak lepas seminggu aku tak balik rumah sebab pergi holiday, dan housemate pelik aku marah di saat aku bersihkan rumah.

Dia kaut ulat sampah keliling dustbin tu, masuk dalam bekas plastik sambil cakap, “Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu” dan bawa tupperware tu masuk bilik dia. Dan aku ambil inisiatif untuk keluar dari rumah dan declare housemate aku tu gila lepas dia bunuh kucing aku, Kifo dan tinggalkan pesanan “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan”. Lebih kurang gitu lah Nani cakap.

Aku yakin dia baca post tersebut (memang niat aku nak dia baca sebab aku tak tahu cara apa lagi untuk aku tegur perangai dia yang buruk tu) dan dia terus-menerus serang aku kerana aibkan dia. To be short, aku menyewa rumah lain, tanpa housemate sebab aku dah serik, takut dapat housemate gila macam dia. Pada mulanya, takda apa-apa jadi, hidup aku aman damai, bahagia dan tersangatlah riang duduk sorang, tapi aku silap. Aku mula dapat gangguan psikologi sebulan selepas pindah masuk rumah baru. Aku list dekat bawah beserta tarikh..

16 Nov 2016
Aku kerja di Kuala Lumpur, dan kereta akan parking di basement. Parking basement office aku sangatlah suram, lelehan air dari salur air, tempat parking punyalah basah sampai kadang-kadang aku rasa parking aku ni takda bumbung dan dinding yang berlumut. Aduhai memang seriau lah kalau balik lewat. Dan di hari petang Rabu yang suram, ada 3 kepala ayam atas bumper kereta aku beserta kain warna merah yang terikat dekat paruh ayam. Menangislah aku sambil cari security guard Nepal minta dia tolong buang.

26 Nov 2016
Hari Sabtu. Hari yang bahagia dan hari makan banyak. Aku plan dengan kawan-kawan untuk keluar picnic ke Port Dickson. Dan, aku start masak pagi selepas solat subuh. Masa tengah masak tu, aku dengar macam ada orang ketuk pintu pagar besi rumah guna besi tapi aku ignore je (aku tinggal di apartment, jadi aku assume bunyi tu datang dari rumah jiran) dan teruskan masak. 

Bunyi tu pelik, ketuk 5 kali then berhenti. Selang lima minit, bunyi lagi 5 kali lepas tu berhenti. Aktiviti ketuk-mengetuk tu adalah lebih kurang dalam 4 cycle. Oleh sebab aku tak puas hati, aku pergi mengendap through cermin cembung yang ada dekat pintu, dan… aku nampak Nani tengah senyum mengadap pintu rumah aku. Terus menggigil dan cancel picnic. Kesian kawan-kawan..

6 Jan 2017
Permulaan start gangguan mistik. Hari Jumaat. Hari untuk pakai baju kurung (jarang dapat pakai baju kurung sebab aku kerja jenis kene keluar masuk site). Sampai je dekat kawasan parking kereta, hati mula rasa tak sedap bila nampak ada beberapa orang pakcik dan guard berdiri di sekitar kereta. Kereta kesayangan dah takda cermin bahagian driver dan yang pelik, dalam kereta penuh dengan ulat sampah yang warna putih tu. Kereta busuk sangat masa tu, sampai kami semua tutup hidung.

Aku : Kenapa dengan kereta sy ni.. (sambil menangis)
Guard : Kereta cik ada tertinggal bungkusan plastik sampah ke? Ulat ni kenapa banyak sangat dekat seat?
Aku : Takda. Baru semalam sy guna, takde tertinggal apa-apa..
Pakcik Ali : Takpa lah. Kami tolong bersihkan. Nanti pakcik panggil kawan.

Aku tak pergi kerja. EL. Emo satu hari. Memang geli sangat nak duduk dalam kereta sendiri walaupun dah bersih. Rasa nak tukar seat tapi duit menyedihkan.

Beberapa hari lepas tu, aku diarahkan untuk stay back dekat office sebab ada beberapa kerja yang dah dekat deadline, sampai rumah lebih kurang dalam 10.40 malam. Masuk rumah, terus rasa seram sejuk dan macam ternampak kelibat satu makhluk depan pintu bilik. Tapi masa tu aku fikir mungkin aku penat jadi aku abaikan.

Sejak dari kejadian aku balik lewat tu, setiap pagi aku mesti akan rasa lesu bila bangun tidur. Officemate semua tanya kenapa aku nampak pucat tapi aku bagi alasan yang aku penat sebab project tengah banyak. Bila malam je, aku jadi panas walaupun aircond dah on 18c. Aku jadi murung dan jadi tersangatlah suka pada benda kotor. 

Paling aku ingat dan tersangatlah jijik, aku jadi suka sangat waktu aku haid. Apa aku buat pada darah haid aku, rasanya tak perlulah aku cerita kat sini, muntah berdarah pulak korang. Aku sedar benda tu, hati aku sebolehnya taknak buat, tapi entah kenapa aku tak boleh tahan diri aku.

Dan sepanjang aku ‘tak sihat’ tu, aku akan ketuk satu paku pada satu dinding di bahagian bilik nombor 3 (aku jadikan bilik tu sebagai stor). Aku mula duduk dalam dunia aku sendiri, prestasi kerja makin merosot, life makin tiada, aku jadi lupa untuk solat dan mengaji. Makhluk yang sebelum ni cuma terasa seperti bayang-bayang, lama-lama aku rasa dia macam wujud dan.. aku mula terima dia masuk dalam kehidupan aku sikit-sikit. Aku jadi khayal dalam dunia aku sendiri.

Korang bayangkanlah, aku tinggal sorang, tiada kenalan rapat langsung yang tinggal di kawasan rumah, jiran-jiran semua non-muslim, apa yang boleh sedarkan aku?

26 Jan 2017.
Hari Ahad. Tahap kesihatan aku makin teruk. Selalu MC, tapi masih aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga yang jauh di selatan tanah air. Rumah aku yang dahulunya kemas dan bersih, kini kotor dan suram. Aku sudah mula bencikan cahaya. Duduk bergelap dalam bilik. Dalam pukul 9.30 malam, ada orang bagi salam dan loceng rumah bunyi bertalu-talu. 

Aku decide nak diam je mula-mula sebab takut Nani yang datang tapi dengar suara lelaki panggil dari luar. Oh, pakcik Ali (refer kes tarikh 6 Jan 2017), wife pakcik Ali (Cik Mah) dan seorang lelaki yang aku tak kenal.

Macam mana pakcik Ali tahu yang aku tak sihat, dia sebenarnya dapat rasa ada sesuatu yang pelik jadi masa dia jumpa kereta aku penuh dengan ulat sampah hari tu. Dan alamat aku, secara senyap, dia perhati pergerakan aku keluar masuk kawasan apartment (jangan buruk sangka, pakcik Ali takde niat buruk, dia cuma nak membantu setelah usaha dia dapatkan alamat aku dari Accommodation office tak berjaya) and yes, dia beritahu aku yang ada sesuatu dalam rumah aku. 

Dia tiada ilmu untuk mengusir benda tak elok yang menumpang dalam rumah aku (dan mungkin dalam badan aku), tapi dia bawa seseorang yang pandai dalam hal ni, pakcik Said. Benda pertama yang Cik Mah cakap lepas aku jemput diaorang masuk rumah;

Cik Mah : Ya Allah.. kenapa busuk sangat rumah kamu ni? Busuk ni bukan busuk sampah, ini busuk benda lain.
Aku : Saya tak bau apa-apa cik mah…

Pakcik Said masuk setiap bilik, termasuklah bilik aku. Sampai di bilik nombor 3, pintu macam tersekat, tak boleh bukak. Situasinya macam, ada someone yang tahan pintu tu daripada terbuka. Aku tengok Pakcik Said baca sesuatu dan minta aku sendiri yang buka. Aku berjaya buka dan serentak itu, Cik Mah terus berlari ke sinki dapur, muntah-muntah. 

Tapi yang pelik, aku langsung tak bau apa-apa. Di dinding penuh paku, di satu sudut, tuala wanita aku yang tak berbasuh (minta maaf, aku betul-betul tak sedar apa yang jadi pada aku dan tuala wanita aku ni) dan ada bangkai-bangkai tikus di sekitar bilik (apa yang jadi antara aku dan tikus-tikus ni tak usahlah aku ceritakan, sangat-sangat jijik)

Mereka mulakan aktiviti pembersihan kawasan rumah, dan aku. Aku macam tak sedar dengan apa yang jadi, tapi aku masih boleh ingat flow kejadian tu. Pelik. Sampai di saat pakcik Said mulakan aktiviti mencabut paku-paku di dinding, aku mula rasa tak selesa dan secara tak sedar aku mula menjerit sebab aku rasa sakit yang teramat sangat. Aktiviti membuang dan merawat selesai dalam 2 pagi. 

Tapi ikut kata pakcik Said, dia tak mampu buang dan rawat semua. Dia cuma boleh tolong apa yang mampu. Si pelaku nak jadikan aku sama jenis dengan diri dia, suka pada benda kotor (kalau ada yang blur, maybe korang boleh cari balik post confession aku tu, baru korang boleh faham kaitan antara aku yang tengah ‘sakit’ dan Nani) – sorry admin, takda niat nak promote page lain, cuma nak bagi pembaca faham-

Aku masih amalkan surah-surah dan ayat pedinding yang dibekalkan pakcik Said. Cuma, kadang-kadang aku masih rasa ada yang memerhati aku dalam rumah tu. Dan, tanpa pertolongan pakcik Ali, aku rasa mungkin aku dah tak wujud dalam dunia ni. Masa aku ‘tak sihat’ selalu sangat aku rasa nak terjun dari balkoni rumah aku, tingkat 11.

Apa yang aku kongsikan ini, ambil jadi pengajaran. Silap aku kerana confession tu makan diri aku sendiri. Dan sampai sekarang aku masih lagi berubat dengan pakcik Said. Aku pindah rumah dan Mak ambil keputusan untuk temankan aku di KL sampai aku betul-betul sihat.

Mak cadangkan aku minta maaf pada Nani, dendam manusia jangan di buat main kata Mak, tapi aku masih belum ada kekuatan dan tak tahu macam mana untuk jumpa dan bersemuka dengan dia. Takut dia sembur-sembur benda lain pulak dekat aku nanti.

Kalau ada di antara pembaca yang tahu mana tempat rawatan atau perawat yang boleh membantu, mohon sangat share di komen. Aku memang perlukan pertolongan korang.

Kredit : fiksyenshasha 

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

No comments: