"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

11 Jun 2017

Hospital Dan Sistem Kelas


Pagi Ahad itu usai solat Subuh aku bercadang mahu bermalas-malasan saja di atas katil. Handphone ku berbunyi menandakan private message dari aplikasi whatapps. Aku selalunya malas membaca mesej di whatapps pada waktu pagi, tetapi mujur tidak pagi itu. Handphone ku gapai segera. Whatapps dari kakak itu rupanya membawa perkhabaran duka. Mak terjatuh di dalam bilik air ketika hendak mandi. Kami mengesyaki mak diserang stroke. 

Kakak sempat berpesan supaya aku tidak terlalu risau dan menumpukan terhadap exam ku yang berbaki lagi 2 paper. Di Shah Alam, berita sedih itu aku sambut dengan lelehan air mata yang tak tertanggung lagi. Tidak jadi bermalasan aku lantas mengulang baca surah Yasin beberapa kali sampai aku akhirnya terlelap dalam keadaan masih bersarung telekung.

Mak ditahan wad di KMC. Kata doktor, minor stroke. Aku sedikit lega. Yang pertama kerana stroke mak hanya di peringkat minor. Bermakna mak mempunyai peluang yang tinggi untuk segera sembuh. Dalam kalangan ahli keluargaku pula, sudah ramai yang pernah diserang penyakit ini. Ada yang sudah sihat sepenuhnya sekarang dan ada juga yang masih berkerusi roda. Yang kedua kerana abah menghantar mak ke private hospital yang bagiku lebih efisien dan terjamin. Aku memanjat doa dari jauh.

Pagi Isnin sekali lagi aku mendapat berita yang membuatku menangis seakan anak kecil. Pihak insurans tidak mahu menanggung kos rawatan mak di private hospital. Kata mereka, semasa membeli insurans, abah tidak memaklumkan tentang penyakit darah tinggi dan diabetes mak. Abah akhirnya tidak mempunyai pilihan lain selain membawa mak ke hospital kerajaan yang berdekatan. Mahu terus mendapat rawatan di private hospital, bayaran untuk satu malam di sana saja sudah mencecah RM3000. Kami pastinya tidak mampu. Aku resah dan berkira-kira untuk segera pulang.

Di hospital kerajaan, mak tidak dapat akses ke wad kerana penuh dan ditempatkan sementara di zon kuning. Aku mempunyai pengalaman buruk dengan zon merah. Bapa saudaraku meninggal semasa ditempatkan sementara di zon merah. Tidak sempat akses ke wad, bapa saudaraku akhirnya dibawa ke liang lahad. Selepas seharian barulah mak dapat dimasukkan ke wad. Seharian juga aku di sana tidak dapat study malah tidak dapat buat apa-apa kerjaan lain pun. Oleh kerana abah merupakan seorang pegawai kerajaan, mak ditempatkan di wad second class.

Pengalaman mendebarkan itu membuat aku berfikir sendiri. Pasti saja aku tidak menyalahkan takdir. Yang aku kesali hanyalah sistem kelas yang diguna pakai di hospital-hospital kerajaan. Layanan untuk kelas bawahan berbeza sekali dengan golongan bangsawan. Walhal si kelas bawahan sakitnya lebih parah dan kritikal berbanding sang bangsawan. Menyaksikan wad diraja mendapat first treatment dan first class ward yang lebih selesa dan convenience, aku jadi kasihan pada rakyat marhaen yang dirawat di wad biasa yang pada kebiasaannya sesak dan bising. Sudahlah sewaktu sihat hidup susah, bila sakit lagi bertambah susah. 

Kenapa perlu begitu ?

Teringat perbualanku dengan Mardhiyyah tempoh hari. “tiap-tiap tahun beratus-ratus mahasiswa medic yang grad. Tapi negara kita masih tak mampu nak provide seorang doktor untuk seorang pesakit. At least ratio seorang doktor untuk 5 orang pesakit pun dah kira ok. Mana pi doktor-doktor muda ni ?” aju aku pada dia,seorang bakal doktor. “ tak semua mahasiswa medic bila grad jadi doktor. Ada yg failed masa tengah housemanship. Ada yg prefer bukak klinik sendiri,kerja dekat private hospitals. Ada yg end up tak jadi doktor pun. Tapi jadi cikgu jadi lecturer. 

Tapi enn every year beribu-ribu kot mahasiswa jurusan ekonomi grad. Tapi ekonomi kita masih di takuk lama. Negara kita masih lagi berdepan masalah middle income trap. Pi mana bebudak econs ni ?” pedih. Dia seolah memulang paku buah keras.

“ Jadi siapa yg lebih kita perlukan sekarang ni ? mahasiswa ekonomi atau medik ?” soalku lagi.

“ kita perlukan pemimpin. A leader.” Jawab dia. Yakin tanpa ragu.

Kredit : satuharinanti

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

No comments: