"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

13 Jun 2017

Bersalin ? Ikuti Nasihat Berpantang Ini Jika Isteri Ingin Kekal Ummph


Salam...

Entri kali ini khas buat kaum wanita dan juga para suami yg prihatin terhadap kesihatan dan kecantikan isterinya..berkenaan amalan berpantang...Kini penjagaan semasa pantang bersalin semakin dipandang ringan. Ada beranggapan tidak perlu, kerana badan boleh sembuh dengan sendirinya. Tambahan pula terdapat pandangan-pandangan dari pengamal perubatan moden mengatakan tidak perlu berpantang, makan apa sahaja dan badan akan baik dengan sendiri selepas tempoh tertentu.

Berbeza dengan pandangan perubatan tradisional. Banyak pantang larangnya. Pandangan saya semasa berpantang anak pertama juga mempercayai 100% pandangan tradisonal tetapi dalam pada masa yang sama turut mengambil sedikit dari petua moden dari ibu saya yg begitu menitikberatkan soal kesihatan dalaman wanita, walaupun pada mulanya saya agak ‘liat’ untuk mengikutnya untuk berbengkung, bertungku, minum air akar kayu, berurut dan bertangas.

Kemudian secara perlahan-perlahan baru saya mendapat pendedahan yang terbaik mengapa perlu dijaga dengan sebaik mungkin waktu pantang. Dan selepas itu barulah saya mendapati banyak info dan pengetahun kesan akibat tidak menjaga kesihatan tubuh badan sewaktu berpantang dan kini banya terdapat kawan-kawan saya yang tidak menjaga pantang mengalami pelbagai masalah. Ada yang pergi ‘shopping’ selepas 2 minggu bersalin, luka tempat sulit jadi bernanah. Ada juga 'lebih hebat' telah pergi ‘shopping’ selepas sehari bersalin.

Kesannya memang agak teruk, tumpah darah, muka menjadi biru kehitaman hingga terpaksa ditahan ICU di hospital.Ibu saya juga memberitahu kesannya bukannya pada masa sekarang tetapi akan mula terasa ketika tua. Kaum wanita yang kurang menjaga pantang mula merasainya apabila usia mulai menjejak 30an dan keatas. Kesan yang paling ketara adalah perubahan bentuk badan yang mula memualkan walaupun untuk diri sendiri yang melihatnya dicermin. Badan yang dulunya ramping bagai kerengga tidak lagi berbentuk kerengga sebaliknya mungkin akan berbentuk buat tomato, buah cempedak dan selepas itu akan ternampaklah isi yang menggeleber disana - sini...

Sudah tentu akan menjadikan kita mula hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat dan apatah lagi suami yang menjadi teman sebantal setiap hari...dan jangan ambil mudah..ini mungkin antara faktor kenapa cinta suami boleh beralih arah kepada wanita lain..Mesti diingat kaum lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu ..jadi tidaklah boleh menyalahkan kaum suami kalau sesekali mata mereka terlirik ke arah kecantikan wanita lain kerana sememangnya fitrah naluri mereka yg semulajadi...

Jangan pula menyalahkan suami kalau matanya mula terlirik pada kecantikan wanita lain sedangkan kita sebagai isteri tidak berusaha untuk mengekalkan lirikan mata suami kearah kita.. suami mana yang tidak jemu apabila pulang ke rumah sering melihat keadaan isterinya yang tidak terurus dengan rambut yang tidak bersisir rapi, baju yang terkadang sudah terlalu lusuh dan kotor dan membiarkan pula keadaan rumah seperti baru selepas dibom...Kalau ada suami yang bersikap terus terang dan berani menegur isterinya secara terus dan isteri pula boleh menerima teguran suami tersebut ...pastinya rumahtangga akan selamat..

Tapi bagaimana pula kalau mendapat seorang suami yang lebih banyak berdiam diri dari memberi komen dan dalam diam-diam membuat hubungan rahsia dengan wanita lain..tidakkah ini akan meninggalkan kesan jangka panjang didalam hubungan suami isteri ?Alhamdulilah, berkat tunjuk ajar ibu saya yang begitu kuat menjaga saya ketika dalam pantang dengan mengamalkan amalan meminum jamu, memakai barut yang diikat bersama ramuan herba dan bertungku dengan tungku besi yang dibuat khas oleh nenek saya dan telahpun dipakai turun temurun oleh keluarga kami dan diajar oleh ibu saya untuk bertungku seawal jam 5 pagi dan diulang sebanyak 5 kali sehingga pukul 11 malam sangat berkesan dan hasilnya berat badan saya tidak pernah naik melebihi sepatutnya dan saya tidak mengalami sebarang penyakit yang sering dialami oleh kaum wanita seperti lenguh-lenguh sendi, kebas kaki tangan dan anggota badan maupun sejuk disebahagian badan seperti yang kerap berlaku dikalangan ramai kaum wanita.

Namun penjagaan secara tradisional juga mempunyai pelbagai cara. Ada antaranya kurang sesuai dan tidak patut di amalkan. Seperti amalan minum mengikut sukatan 2 ruas jari sekali minum, amalan makan ikan kering dan ikan bilis sahaja semasa berpantang. Jika mengamalkan pemakanan begini bagaimana badan akan sembuh. Amalan minum mengikut sukatan ruas jari boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang akibat kekurangan air. Dan tentu sekali susu juga akan kurang. Kesan ketika semakin berumur, jika tidak menjaga pantang adalah seperti lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan.

Kebanyakannya akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan sangka hanya lelaki sahaja ‘mati pucuk’. Perempuan juga mengalaminya. Keinginan untuk bersama suami menjadi kurang. Rahim juga akan turun akibat proses peneranan yang kuat ketika bersalin. Jika tidak dijaga, boleh menjadi penyebab kepada kerap buang air kecil atau terkencing ketika batuk, ketawa atau bersin. Mengikut amalan tradisional Melayu pantang 44 hari. Namun digalakkan berpantang sehingga 60 hari atau sehingga 100 hari untuk memastikan rahim pulih sepenuhnya dan melambatkan proses penuaan.

Tiada bukti secara saintifik tetapi buktinya ini boleh dilihat melalui mereka yang telah mengamalkannya!...Jadi untuk mereka yang bakal menjadi Ibu...saya ucapkan Tahniah dan jangan lupa pesanan saya jangan lupa untuk meneruskan amalan berpantang demi untuk sebuah rumahtangga yang harmoni...


Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

No comments: