"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

9 May 2017

Tolong Weh ! Aku Nak Berhenti Merokok




Aku Azman , umur 39 tahun. Aku harap status aku tulis ni tak ada nak provokasi sesiapa. Ini untuk diri aku sendiri. Sebab setiap orang ada pendapat masing-masing. Jadi, untuk status aku ni, bukan nak tunjuk baik dan poyo ye. Kalau ada yang sama niat dengan aku , sharelah dengan aku yang memang nak berhenti merokok ni weh !!! Sebab aku gagal. Kalau ada yang nak terus merokok, status ni tak ada kena-mengena, sila teruskan. Jadi, tujuan aku, kalau ada sesiapa yang  nak share something good pasal rokok ni, jangan malulah share kat sini. Benda yang baik, bagus untuk dikongsi. Maklumlah umur aku dah nak masuk 40, tahun depan. Badan pun macam dah tak fit je. Risau pulak kalau kesihatan aku dah merosot. Aku rasa , aku dah patut fikir pasal perubahan diri demi keluarga, isteri dan anak-anak. Mungkin betullah ada pepatah mat salleh kata "Life Begins At 40".  Ha!ha!ha! ...Manalah tahu kali ni aku berjaya berhenti rokok. Insya Allah.

Sejarah aku start merokok ni masa tu umur 16 tahun. Sekolah menengah. Kat sekolah takdelah hisap rokok. Kat luarlah. Ayah aku, pakcik aku , abang aku semuanya perokok tegar. Hari-hari aku tengok je diorang merokok. Mahu hati tak teringin nak mencuba. Lepas tu aku berkawan dengan kawan-kawan yang agak nakal. Memang hisap rokok tu wajiblah. Dioranglah yang ajar aku hisap rokok. Nak tunjuk macholah konon. Budak-budak masa tu, darah masih muda. Ikut jelah. Duit beli rokok, sanggup tak makan, nak simpan duit sekolah sebab nak beli rokok sebatang dua.

Sampailah aku masuk U dan bekerja, aku dah jadi seorang perokok tegar. Lagi-lagi bila bekerja dalam keadaan tension. Bertambahlah bilangan batang rokok tu. Bila kau dah bekerja dan masih bujang, tak ada terasa sangat duit tu hangus. Sehari 2 kotak jugaklah aku sapu. Tak sedar pun berkotak-kotak dah habis sehari. Masa bujang, mana ada komitmen sangat. Aku lagi rela keluarkan duit hanya untuk beli rokok daripada beli makanan tengahari di ofis. Kalau nak dikira perbelanjaan untuk beli rokok sebulan dalam 300-400 jugaklah. Masa ni memang tak sedar. Banyak gila duit spent untuk rokok sahaja. Masa bujang ni jugaklah, aku tak pernah terfikir pun nak berhenti hisap rokok, walaupun mak aku dah berkali-kali bagi nasihat. Merokok ni feel dia , susahlah nak cakap. Hanya perokok-perokok je tahu apa rasa dia . Ha ha, sedaplah orang kata. Kalau kepala tengah berserabut tu, hisap sebatang hilanglah serabut tu.

Masa umur aku 28 , aku dah nak kahwin. Aku kenal bini aku ni kat area-area ofis aku je. Bini aku masa tu dah sedia maklum, yang aku ni memang seorang perokok. Jadi dialah yang memainkan peranan untuk cuba tolong aku berhenti merokok. Macam-macam cara dia buat. Memang hebat betullah wanita ni kan? Sanggup buat macam-macam untuk orang yang dia sayang. Aku ok je, ikut je nasihat bini ni. Dia nak sangat aku berhenti merokok. Percubaan bini aku untuk aku berhenti merokok ni memang lama ...daripada kami bercinta, bertunang, berkahwin dan sehingga kini kami dah ada anak 3, tapi tak berjaya jugak. Sebenarnya aku sendiri pun rasa kecewa juga , lagilah bini aku, confirm dia frust. Tapi dia tak pernah stop berusaha dan masih berusaha. Mungkin masa ni aku masih tak ada kesedaran lagi kot. Yang hairan tu bulan puasa boleh pulak stop merokok waktu siang hari. Bila malam, laju je cari rokok . Hmmm...gian weh rokok ni!

Tipulah aku tak tahu pasal fatwa yang merokok tu haram, pasal kempen berhenti merokok semua tu. Aku rasa semua perokok pun dah sedia maklum. Bini aku hari-hari hulur artikel pasal kesan-kesan merokok terhadap kesihatan,  baik kepada perokok ataupun orang sekeliling yang terkena asap rokok. Entah berapa banyak tips dan petua berhenti merokok pun aku dah cuba dengan bantuan bini aku. Ada yang jenis supplement, ada jenis pelekat, ada yang jenis sapu krim , ada yang jenis guna psikologi dan banyak lagi.  Bertukar kepada vape pun pernah tapi tak jalan jugak sebab aku tak suka vape. Dan cabaran paling besar yang menyumbang kepada kegagalan ni, pada pendapat akulah, kau tak dapat sokongan daripada kawan-kawan perokok bila kau cakap nak berhenti merokok sedangkan diorang masih aktif merokok. Awal-awal tu mesti kena sindir je non-stop. Lepas tu kau dianggap poyolah, kalau menolak pelawaan ajakan nak hisap rokok ni. Jangan berharaplah dapat berhenti, lagi-lagi kalau kau tak kuatkan fizikal mental untuk menahan sindiran diorang ni.

Bukan aku tak pernah cuba nak berhenti. Niat tu memang ada, tapi macam aku cakaplah niat tanpa usaha dan kesedaran memang gagal. Aku pernah try stop 3 hari, selang-selang dalam masa seminggu. Impact dia , aku jadi malas, serabut , tak sedap badan dan selera makan terus meningkat. Badan macam lesu je , tak ada semangat nak buat kerja. Rasa nak marah-marah pun ada. Selain tu, bila tengok orang merokok kat depan mata, badan automatik jadi gigil dan meremang, gian nak merokok jugak. Apalagi terus failed lah. Kalau dah macam ni, niat berhenti tu semua hilang sia-sia macam tu jelah.

So, sekarang ni, bila aku dah mula rasa tua ni, tetiba je aku rasa nak berhenti. Tetiba je. Tak ada pengaruh dari luar pun. Aku tahu ada sesetengah perokok berhenti sebab ada alasan tersendiri. Ada yang nak stop sebab ada anak yang sedang sakit. Ada yang berhenti merokok sebab dah rasa lemah, macam selalu batuk dan sakit dada. Ada yang berhenti merokok sebab isteri mengandung, takut impact kat baby. Ada yang nak stop sebab tengah sesak duit dan macam-macam lagilah alasan. Untuk aku yang dah berkali-kali gagal ni,  alasan-alasan macam ni memang tak berkesan. Tak berkesan untuk AKU-lah. Kalau ada orang lain yang berjaya, kira OK-lah tu. Sebabnya pada aku, kalau niat nak stop tu disebabkan alasan-alasan ni, kemungkinan untuk hisap rokok balik tu besar. Contohnya bila anak-anak dah ok, kesihatan tubuh badan sendiri dah sihat dan fit, bila bini kau dah beranak, bila dah ada duit masyuk, jadinya potensi untuk merokok semula tu sangat tinggi kalau iman kau tak kuat.

Jadi aku ni nak berhenti sebab memang aku nak berHENTI-lah. Kalau nak tanya alasan kenapa, memang tak ada alasan. Seru tu datang dengan sendiri secara tiba-tiba je. Tapi aku nak jugaklah sokongan dan semangat yang padu dari semua. Termasuk pembaca-pembaca kat sini. Sebabnya aku dah 2 minggu straight dah stop merokok ni. Lagi-lagi dah nak puasa ni, aku harap-harap dapatlah lepas sampai raya . Aku pun dah bangga dengan diri sendiri. Sebab sekarang ni aku tak rasa bersalah pun nak tolak pelawaan kawan-kawan baik aku untuk hisap rokok. Aku pun dah berani bagi tazkirah aku kat diorang. So, diorang memang menghormati keputusan aku ni. Jadi, korang semua, kalau ada apa-apa yang bagus pasal berhenti rokok ni, sharelah. Just nak bagi teguhkan aku punya niat yang betul-betul nak stop hisap rokok ni. 

*Jangan kecam AKU*

TQ Admin

No comments: