"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

26 Jun 2013

Takut Pergi Reunion Gara-gara Status Surirumah


Nak dijadikan cerita sebuah cerita yang sebenarnya tidaklah menarik mana tapi kalau dibaca sampai habis nanti tahulah bahawa cerita ini memang menarik lagi interesting. Kita ikuti luahan hati seorang surirumah yang bernama Zulaikha Binti Zulkifli (bukan nama real) tapi menggunakan nama samaran atau nama manja iaitu Ikha. Berbalik pada Ikha seorang surirumah yang dah beranak empat. Kisah cintanya memang menyayat hati tapi kita ringkaskan sebab tu bukan point utama cerita ini. 

Ringkasan cinta Ikha- Ikha bertemu dengan Yusri bin Hashim pada usianya sembilan belas tahun, bercinta selama tujuh bulan dan terus berkahwin walaupun dihalang oleh bakal mertuanya. Sebabnya, mak mertuanya mahu Ikha dan anak lelakinya sendiri sambung belajar walaupun Yusri ketika itu sudah mendapat segulung ijazah. Bila dah kahwin sah-sah Yusri atau panggilannya abang, tidak membenarkan Ikha menyambung pelajarannya ataupun bekerja.

Mulai hari itu, Ikha menjadi suri hati abang Yusri dan juga surirumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang, jadi Ikha bertekad untuk menjadikan surirumah sebagai profesion yang serius! Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai seorang surirumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai memasak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu saja, Ikha juga cuba mengambil hati mak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu. 

Kegigihan dan keikhlasan Ikha akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima dan menjadi menantu favourite. Atas kurniaan rezeki, Ikha telah melahirkan zuriat yang kini terdiri dari umur 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Dalam masa yang sama, Ikha sibuk menguruskan sebuah rumahtangga, Ikha juga mengambil kesempatan menulis beberapa buah novel. Itu yang menjadikannya begitu bangga dan bahagia.

Suatu hari ketenangan hatinya terusik apabila Ikha menerima satu panggilan telefon dan invitation melalui facebook dari seorang kawan. Ikha bermuram dan bermasam muka sepanjang hari.

"Kenapa ni sayang? Abang tengok Ikha macam ada masalah je?", Tanya abang Yusri.

"Abang, minggu depan kawan-kawan sekolah menengah Ikha ada buat gathering dan Ikha dijemput sekali..." Suara Ikha perlahan.

"Hah, pergilah... Yang Ikha dok pikir-pikir lagi tu kenapa? Bagitau hari apa, nanti anak-anak ni takpe biar abang yang jaga..", Pujuk suaminya.

"Bukan.. bukan itu masalahnya. Abang, Ikha segan la nak pergi. Diorang semuanya bekerjaya dah berjaya pun, semua dah ada karier. Kan ikha sorang je yang kahwin awal. Semua kengkawan Ikha sambung belajar." Muka Ikha sedih.

"Hish! Isteri abang ni lagi berjaya. Ikha.. Ikha ni seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu yang baik. Tu kan dah berjaya. Lagipun Ikha juga seorang guru bila mengajar anak-anak kita, seorang akauntan bila jaga financial kita, seorang chef dan macam-macam lagilah." Yusri terus bangun dan terus ke surau.

Ikha masih termenung, kata-kata abang Yusri sedikit pun tidak dapat memujuk hati Ikha sekaligus menyakinkan dirinya. Ikha dalam dilema sama ada nak pergi atau tak. Kalau ikutkan rasa rendah dirinya, dia tak mahu pergi tapi rasa rindu untuk bertemu kawan-kawan sekolahnya.

Dalam tidak ada keputusan Ikha pun sediakan baju untuk ke gathering itu. Ikha keluarkan baju kebaya berwarna pink dan bermanik-manik itu. dia mahu kelihatan jelita dan anggun pada mata kawan-kawannya nanti.

Pejam celik-pejam celik tibalah hari perjumpaan itu. Walaupun dalam hati masih ragu-ragu untuk pergi tapi Ikha mengambil keputusan untuk pergi atas dorongan abang Yusri.

Rasa berat hatinya untuk meneruskan hasrat bertemu dengan kengkawannya. kereta Ikha sudah diletakkan ditempat parking. Sebelah kanan kereta Ikha ada BMW dan sebelah kirinya pula Toyota Wish. Ikha terasa kerana dia hanya membawa sebuah kereta perodua kancil mata belalang yang berjenama tempatan. Dihayunkan juga langkah masuk ke dalam Hotel Nikki yang bertaraf 5 bintang itu. 

Ikha mengumpulkan semua semangat untuk berdepan dengan rakan sekolahnya. 

"Ikha, how are you? Bestnya dapat jumpa student terpandai kat sekolah. Hei! Tengok ni siapa yang ada kat sini, Penolong Ketua pengawas tahun 1994." Tegur Mariamah Binti Tijor yang merupakan saingan Ikha dalam pelajaran. 

Ikha hanya menelan air liur dan tersenyum, memang dia dulu pelajar yang popular dan hebat tapi sekarang dia hanyalah seorang surirumah. Ikha hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Mereka bercerita tentang kejayaan karier dan apa yang mereka miliki sekarang. 

"Aku dulu takut tengok Ikha bedah katak masa kelas Biologi tapi sekarang aku dah bedah orang dah pun." Sabariah dengan bangganya bercerita tentang kariernya sebagai doktor bedah. 

"Mazwin, kereta you tu model Honda yang terbaru kan? Okey jugak Honda tu. I baru ambil CRV baru, senang nak balik kampung. Eh! Popular student kita dah jadi apa sekarang? Hmmmm... mesti you hebat kan sekarang...", Fatin Nadia memandang tepat ke arah Ikha. 

Semua mata tertumpu kepada Ikha dan semua senyap menunggu Ikha membuka mulut. Mereka memang berminat ingin tahu apa yang Ikha lakukan sekarang. 

" Mmmmm...Guys, I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, sekarang ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat kapal. I....", Mata Ikha terkula-kulat ketika bercakap. 

"Anak you mana? Lelaki ke perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Mariamah. 

"Ikha.. Habis tu you jaga anak sepenuh masa la..? Wow!", Sabariah pula menyampuk. 

"Ikha... kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you." Fatin Nadia berminat nak tahu. 

Ikha mulai betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana semua kengkawannya berminat nak tahu tapi akhirnya Ikha terdiam bila merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia hanyalah seorang surirumah. Ikha menunduk. 

"Ikha, kenapa..?", Tanya Mariamah disebelahnya. 

"I hanyalah surirumah berbanding dengan you all..", Muka Ikha begitu sedih. 

Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya teresak-esak menangis. Mula-mula seorang, kemudian seorang lagi, kemudian lagi seorang dan kemudiannya semua turut menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan. 

"Ikha, you beruntung dah kahwin dan ada anak. Tak macam kitorang ni, belajar tinggi-tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang dah jadi andartu. Duit banyak pun tak guna.", Nurul Faqihah yang senyap dari tadi bersuara sedu-sedan. 

Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi seorang isteri dan surirumah...

Kredit : Alia & Ujang 010608 
Kredit : penulismerapu

No comments: