"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

27 May 2017

Tak Sempat Ganti Puasa? Dah Bayar Fidyah ? Begini Caranya



PENGERTIAN FIDYAH

  • Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.
  • Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud :
    “……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”
    .
  • Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.


KADAR FIDYAH

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).  Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.

Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.
Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.
Bermakna, kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut.

Oleh yang demikian, contoh :

Jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).

Jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.50, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.85 atau RM1.90 (1/4 X RM7.50).

* Bergantung kepada perubahan kadar tahunan zakat fitrah.


GOLONGAN DIKENAKAN FIDYAH

GOLONGAN
DENDA DIKENAKAN
Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie ( musafir, haid atau nifas atau wiladah ), sakit yang ada harapan sembuh.
1.     Wajib Qada’ puasa.
Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.

Orang  yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

1.     Tidak wajib Qada’ puasa.
2.    Wajib bayar Fidyah pada tahun  tersebut.
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :
1.    Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja.
Atau
2.    Bimbang akan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya.
1.     Wajib Qada’ puasa.
2.     Tidak wajib bayar Fidyah.
Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.

Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :
1.    Bimbang akan kesihatan janinnya / anaknya sahaja.

1.     Wajib Qada’ puasa.
2.     Wajib bayar Fidyah.
Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya.

1.    Tanggungjawab membayar fidyah si mati dilaksanakan oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan



CONTOH PERMASALAHAN FIDYAH

Contoh pengiraan berdasarkan :
Nilai zakat fitrah bagi tahun 1432 H ialah RM7.50

PERMASALAHAN 1
Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut – turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :
  • Tahun 2007 tinggal puasa 6 hari
  • Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari
  • Tahun 2009 tinggal puasa 7 hari
Penyelesaian
Langkah 1
Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.
Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun
1.    2007 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 3 tahun
2.    2008      “           “                “            “        “  2 tahun
3.    2009      “           “                “            “        “  1 tahun
Langkah 2
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagi dengan 4 ( nilai 1 cupak beras )
JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH
2007 – 2010
3 Tahun
X
6
X
RM 7.50
÷ 4
RM 33.75
2008 – 2010
2 Tahun
X
5
X
RM 7.50
÷ 4
RM 18.75
2009 – 2010
1 Tahun
X
7
X
RM 7.50
÷ 4
RM 13.12
JUMLAH KESELURUHAN
RM 65.62


PERMASALAHAN 2
Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut – turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :
o    Tahun 2007 tinggal puasa 5 hari
o    Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari
o    Tahun 2009 tinggal puasa 5 hari
Penyelesaian
Langkah 1
Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.
Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun
1.    2007  hingga masuk Ramadhan 2010 ialah   3 tahun
2.    2008      “           “                “             “       “      2 tahun
3.    2009      “           “                “              “      “      1 tahun
Langkah 2
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagi dengan 4 ( nilai 1 cupak beras )
JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH
2007 – 2010
3 Tahun
X
5
X
RM 7.50
÷ 4
RM 28.12
2008 – 2010
2 Tahun
X
5
X
RM 7.50
÷ 4
RM 18.75
2009 – 2010
1 Tahun
X
5
X
RM 7.50
÷ 4
RM 9.37
JUMLAH KESELURUHAN
RM 56.24


PERMASALAHAN 3
Seseorang meninggalkan puasa pada tahun 2005 sebanyak 2 hari. Kemudian pada tahun berikutnya beliau berpuasa sepertimana biasa. Setelah berakhirnya Ramadhan 2010………
A.    Beliau berhasrat bagi menggantikan 2 hari puasa yang ditinggalkannya pada tahun 2005.
Atau
B.    Beliau telah menggantikan puasa yang telah ditinggalkan sebanyak 2 hari pada tahun 2005.
Maka jumlah fidyah yang dikenakan adalah berpandukan penyelesaian berikut :
Penyelesaian 
Jumlah fidyah akan berganda mengikut jumlah bilangan tahun yang ditinggalkan sehingga puasa tersebut diganti TETAPIpuasa wajib diganti hanya 2 hari sahaja mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.
JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH
2005 – 2010
5 tahun
X
2
X
RM 7.50
÷ 4
RM 18.75
JUMLAH KESELURUHAN
RM 18.75


PERMASALAHAN 4
Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan pada tahun 2003 sebanyak 8 hari tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga masuk Ramadhan Tahun 2010.
JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH
2003 – 2010
7 Tahun
X
8
X
RM 7.50
÷ 4
RM 105.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 105.00


PERMASALAHAN 5
Seseorang meninggalkan puasa selama 6 tahun kerana sakit dan disahkan doktor tidak boleh berpuasa serta tiada harapan sembuh
JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH
6 Tahun
X
30
X
RM 7.50
÷ 4
RM 337.50
JUMLAH KESELURUHAN
RM 337.50


PERMASALAHAN 6
  • Seseorang meninggalkan puasa kerana sakit dari tahun 2001 serta  disahkan doktor tidak boleh berpuasa dan tiada harapan sembuh kemudian telah meninggal dunia selepas Ramadhan pada tahun 2005.
  • Kemudian waris menyatakan hasrat ingin membayar fidyah bagi si mati selepas ramadhan 2010.
Langkah pengiraan
  • Tahun tinggal puasa bagi si mati hanya diambil kira bermula dari si mati  meninggalkan puasa sehingga meninggal dunia sahaja
(Ramadhan 2001 – Ramadhan 2005 )
  • Oleh itu jumlah tahun ditinggalkan puasa adalah :
    Ramadhan 2001 hingga masuk Ramadhan 2005 bersamaan 4 tahun
JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH
(Ramadhan 2001 – Ramadhan 2005 )
4 Tahun
X
30
X
RM 7.50
÷ 4
RM 225.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 225.00


No comments: