"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

18 Aug 2017

(Featured Post) Laman Qaseh Community Blog


Blog community http://lamanqaseh.blogspot.my/ ialah satu platform/portal yang memaparkan :

     i) Perkongsian secara individu; luahan perkara, isu, pergolakan , 
        pengalaman, pendapat , kisah teladan dan masalah-masalah yang 
        diemel kepada Laman Qaseh oleh community di luar sana.

    ii) Perkongsian sebarang artikel, tips, pendapat, dan maklumat dari 
        pelbagai website dan blog untuk berkongsi manfaat bersama-sama 
        dengan masyarakat umum.

Objektif utama adalah untuk membantu memaparkannya disini dengan niat dapat bersama-sama dimanfaatkan dan dibantu melalui perbincangan, diskusi , idea, komen, pendapat , berforum  dan pengalaman antara sesama community. Dengan dorongan dan semangat yang dikongsikan pembaca, diharap semua masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Untuk perkongsian individu yang diemel kepada Laman Qaseh , dapat membantu community di luar untuk meluahkannya di sini tanpa perlu mendedahkan identiti mereka . Mungkin ada ramai yang menghadapi antara permasalahan di atas, tetapi tidak tahu arah tuju,takut,malu atau ragu-ragu untuk bercerita kepada kenalan atau saudara yang dikenali.

Identiti pengirim yang disebut dalam blog ini akan disamarkan dan anda boleh menghantar sebarang perkongsian permasalahan seperti masalah kerjaya, masalah perhubungan, masalah perniagaan, masalah pembelajaran dan apa-apa sahaja  ASALKAN ia tidak melibatkan kemudaratan kepada agama, bangsa dan negara. Pihak Laman Qaseh akan menyemak terlebih dahulu permasalahan yang dihantar, dan kami akan kongsikan sekiranya ia dapat dapat dimanfaatkan bersama-sama antara sesama community.

Segala perkongsian pendapat adalah hak dan tanggungjawab community sendiri dan sila pastikan anda berdiskusi secara positif di sini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas perkongsian pendapat yang diutarakan. Semua gambar yang digunakan di dalam blog ini , kredit kepada Google.Com.

Kami tidak mempunyai apa-apa connection dengan mana-mana agency atau menandatangani sebarang dokumen perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan. Semua pelawat dianggap setuju dengan semua terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Laman Qaseh .

Sekiranya ada sebarang luahan perkara, isu, pergolakan , pengalaman, pendapat , kisah teladan dan masalah-masalah yang hendak dikongsikan di sini, 

sila EMAIL ke lamanqaseh@gmail.com   

atau

LIKE facebook kami : Laman Qaseh Community

ataupun 

boleh guna borang yang diberikan, klik disini ==>  ISI BORANG

Semoga perkongsian ini dapat bersama-sama dimanfaatkan dan dibantu dengan melalui perbincangan, diskusi , idea,komen, pendapat , berforum  dan pengalaman daripada community di luar sana. Dengan dorongan dan semangat yang dikongsikan pembaca, diharap semua masalah dapat diselesaikan dengan baik.

"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli"
"Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Terima kasih
-Admin Laman Qaseh- 

No comments: