"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

10 May 2017

Muka Cun, Tapi Kaki 'Pau'



Kami ada sorang member ni, nama dia Hani. Orangnya memang cantik sangat. Secantik nama dia Hani. Tak boleh disangkal lagilah. Kami satu geng berenam masih belajar kat kolej. Antara kami berenam memang dia paling cunlah, malah Top 5 paling cun kat kolej ni. Hani ni salah sorang yang kami kenal masa di tahun 1. Nak ceritanya, sikap Hani yang suka ‘PAU’ orang sana-sini. Sekeliling dia, kalau boleh nak pau semua orang je. Aku ni pun dah jadi macam mesin ATM dia dah. Kadang-kadang kalau nak pergi beli barang-barang kat koperasi, masa nak bayar, Hani ni akan cakap, duit dia tak cukup dalam RM1-RM2, minta tolong aku tambahkan. Padahal dalam tangan dia aku ada nampak duit nilai besar RM50. Tapi dia sayang nak pecahkan duit tu, dia korek-koreklah selagi boleh duit dalam beg dia, lepas tu minta tambahkan. Samalah juga kalau nak makan kat kafe pun, dia akan buat muka kesian cakap duit tak cukup lagi 50 senlah, RM1 lah, duit tertinggallah, pastu minta kami tambahkan.

Kalau tak ada class, kadang-kadang kami plan nak pergi tengok wayang. Mula-mula memang dia tak nak join, tapi bila salah sorang daripada kami hulur duit lebih sikit, Hani ni laju je setuju nak pergi. Dia cakap dia ada duit untuk beli Popcorn je. Kemudian kami akan pergi naik kereta. Ada sorang kawan kami ni ada kereta, pakai untuk pergi class. Jadi kami ni kongsi-kongsilah duit minyak. Maklumlah masih belajar. Hani ni boleh buat muka sardin je. Buat-buat tak nampak je bila kami buat collection. Alasan dia, dah cukup dah collection untuk isi minyak. Itu belum kira lagi, minyak untuk pergi-balik kelas dari rumah sewa yang kami kumpul setiap bulan. Dengan muka tak malunya selamba je naik kereta, kata nak tumpang. Kawan kami yang ada kereta ni benganglah, sebab dia rasa Hani ni dah macam ambil kesempatan atas kebaikan yang dia dah bagi. Sape wehh nak bagi naik kereta ke hulu ke hilir pergi kelas setiap hari. Untunglah dia nak bagi tumpang, tapi kena bijak berfikirlah. Kalau dah ada orang nak bagi tumpang tu, hulur-hulurlah sikit duit minyak tu. Takkan nak naik free je. Buat malu je. 

Pastu bila makan kat luar, Hani sanggup makan ambik lauk telor je. Lepas tu bila tengah makan, dia akan pau lauk kami sorang-sorang ni. Dia ambik sikit-sikit lauk dari kami semua yang lima orang. Kata dia, nak merasa lauk yang kami ambik, sebab takkan dia nak beli semua lauk. Amboiii !! bagus punya alasan. Air tu memang dia ambik air kosong je. Tapi bila duk kunyah-kunyah nasi tu, minta air kami sikit. Kadang-kadang kami naik geli pun ada. Tak selesa. Yalah, tengah-tengah makan, ada orang ambik lauk kita, ambik air kita. Errkkk…!! Ini belum lagi kira hal-hal dalam rumah sewa. Kat rumah sewa kan, masing-masing ada barang-barang keperluan peribadi sendiri untuk digunakan. Sabun mandi, ubat gigi, shampoo, sabun basuh dan sebagainya. Yang kitorang perasan, setiap hari stok kitorang ni makin lama makin susut. Contohnya ubat gigi , sabun basuh dengan sabun mandilah. Rasanya, macam kami guna dah ikut sukatan untuk seorang. Tapi bila nak pakai je nampak dah tinggal sikit. Bila cek Hani punya sabun elok je banyak dalam botol macam tak guna pun. Patutlah dia guna berbulan-bulan pun tak habis. 

Belum lagi pad wanita tu. Dia cakap dia lupa nak beli. Lepas tu, minta dengan kami sorang satu pad , cukuplah untuk dia, satu cycle period dia habis dengan pakai pad kami. Bila kami minta ganti, dia punya alasan, alaaa dia emergency, minta satu je pun nak berkira. Kami bukan nak berkira bagi yang satu tu, tapi tak pasal-pasal jadi free supplier kat dia setiap bulan pulak. Paham tak maksud yang aku nak sampaikan ni, adoii. 

Masa awal-awal kami kenal Hani ni, memang tak nampak sikap dia macam ni. Dia OK je sebenarnya. Bila dah start masuk tahun 2 akhir , baru nampak perubahan kat dia. Kami pun rasa pelik dan geramlah jugak-kan. Dulu Hani tak macam ni. Nak kata boros tak de pulak. Kedekut lagi adalah. Nak kata dia orang susah, tak juga. Nak kata kaya sangat pun tak juga. Biasa-biasa sederhana macam kitorang juga. Cuma kena managelah guna duit tu dengan betul. Ini yang menimbulkan rasa tak puas hati kami kat dia. Kami yang lagi lima orang ni, lama-lama tak tahan dengan sikap Hani ni. Ya lah, bukan nak berkira, tapi kalau dah kena pau hari-hari dengan dia, taukey balak pun boleh bankrupt kan. Dahlah kami ni duduk satu rumah sewa. Takkan kami nak halau dia. Hani bukan jahat, cumanya suka ‘pau’ orang. 

Kami panggil dia ajak berbincang. Kami tanya dia depan-depan , kalau dia masih nak berkawan dalam geng kami, lebih baik dia ubah sikap dia. Kami ada tanya kenapa dia dah berperangai macam ni sejak dua menjak ni. Sikap dia dah tak sepadan dah dengan rupa dia yang cun-melecun tu. Buruk perangai orang tua-tua kata. Tapi Hani buat muka acuh tak acuh je. Buat muka sentap, nak merajuk konon. Sebagai seorang paling tua (tua ikut bulanlah hihi) dalam geng kitorang ni sepatutnya dia tak perlulah mengambil kesempatan atas kebaikan dan mempergunakan kawan-kawan sendiri untuk kesenangan hidup dia. Patutnya dia kena tunjuk contoh yang baik sepadan dengan muka cun dia tu. Hmmm… korang , nasihat apa lagi kami nak kena bagi kat Hani ni….nyampah tau !! Errrkk !! Lagipun kitorang taknaklah nama geng kitorang busuk sebab perangai Hani ni. 

-Ayu-


No comments: