"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

3 Sep 2015

Dilema Pelajar "Tidak Pandai"


Adik seorang pelajar berumur 16 tahun dan anak bongsu daripada 4 beradik. Kehidupan kami sekeluarga sederhana sahaja. Sekarang adik sedang bersedih. Di kalangan adik-beradik, abg dan kakak semuanya pandai dan bijak dalam pelajaran. Semua dapat masuk Universiti dengan keputusan peperiksaan yg sangat cemerlang.

Tapi Adik, boleh dikatakan dalam kategori pelajar "Tidak Pandai" / "Tidak Bijak". Pelajar tercorot. Bukan adik tak mahu pandai, tapi adik tak tahu kenapa adik tak boleh jadik pandai. Macam macam cara adik dah berusaha untuk lebih maju. Pergi tuisyen, belajar dalam kelas, berbincang dengan rakan dengan guru, tapi entahlah keputusan ujian tetap tidak cemerlang.

Mujur mak, ayah, abg dan kakak tak pernah sisihkan adik. Mereka tak pernah patahkan semangat adik. Mereka tahu situasi adik. Mereka sentiasa mendorong dan memberikan semangat yang tak jemu-jemu dan mereka juga tetap berusaha mengajar adik dirumah supaya adik lebih faham apa yang diajar di sekolah. Setiap kali nak datang ujian, adik belajar bersungguh-sungguh di sekolah dan dirumah, namun setiap kali keputusan keluar, sangat - sangat membuatkan adik sedih dan kecewa dengan diri adik, walaupun dah berusaha dengan tekun. Memang adik tak pandai ke ?

Adik tak faham kenapa adik sorang macam ni. Adik kecewa . Adik pernah tanya mak, kenapa adik sorang je tak pandai dalam pelajaran. Mak sentiasa beri nasihat bahawa ini satu ujian untuk adik dan keluarga , dan adik mungkin pandai ke arah lain. Mak suruh adik cari bakat dan minat adik ke arah apa.

Adik dalam dilema , sebabnya hati adik sentiasa takut dan ragu-ragu apa akan jadi pada masa depan nanti. Adik ingin sekali membalas jasa kedua ibu-bapa adik bila dewasa kelak. Tapi kalau sekarang ni adik tak pandai, macammana adik nak membalas jasa mereka. Adik sayangkan mak ayah yang dah banyak menolong kami adik beradik, tapi adik sorang yang tertinggal ke belakang. Macam mana nak ambik SPM tahun depan . Adik takut. Kalau tak masuk universiti adik nak pergi mana.

Kakak dan abang di luar sana boleh bagi pendapat dan nasihat pada adik.

-Adik Dilema-

No comments: