"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

15 Apr 2015

Di Pandang Rendah Kerana "Admin Assistant"

Assalamualaikum, 

Sebelum tu, saya ucapkan terima kasih kepada admin... sebab sudi meluangkan masa untuk memaparkan luahan saya.

Saya bekerja sebagai seorang pembantu admin di sebuah syarikat. Di kalangan mereka saya adalah antara yang termuda. Ya, saya sudah dimaklumkan semasa interview, kerja sebagai pembantu admin memang lebih banyak terima arahan dan tekanan daripada pihak yang lebih atas daripada saya.
 
Cuma saya rasa kecewa kerana terasa seperti terlalu dipandang rendah oleh mereka senior-senior, yang ni tak apa lagi cuma bila sampai ke tahap 'langsung tiada perasaan hormat' memang membuatkan saya rasa stress, tertekan, malu dan tidak bersemangat nak datang kerja, saya sering menerima tekanan-tekanan seperti menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan sekiranya ada yang tidak kena berlaku dalam syarikat walhal masalah tersebut bukan berpunca daripada saya.

Kadang-kadang saya disuruh membuat kerja-kerja remeh sedangkan kerja ini boleh dibuat bersama-sama. Walhal saya juga sibuk sedang meyiapkan kerja-kerja hakiki saya. Contohnya; seperti sekiranya ada jamuan syarikat, saya seorang diarahkan untuk settlekan semua urusan jamuan. Sekiranya tidak menurut arahan saya akan diperli dan diumpat.

Saya juga diminta untuk tolong "shred" kertas -kertas terpakai dan yang tak digunakan lagi. Mereka siap meletakkan satu kotak di tempat saya, supaya senang mereka nak campakkan kertas-kertas tu untuk di 'shred'kan. Kemudian urusan jual atau lupus kertas-kertas tersebut juga saya yang uruskan. Kalau sekali sekala saya tak kisah. Ini betul betul dah mengganggu kerja harian saya. Kadang-kadang setengah hari baru saya dapat settlekan urusan kertas-kertas terpakai ni.

Selain itu, sekiranya ada mesyuarat penting yg memerlukan pihak atasan untuk hadir, mereka hantar saya sebagai wakil, sedangkan mesyuarat tersebut memerlukan kehadiran mereka untuk membuat decision. Tak pasal-pasal saya kena marah dengan customer sebab tak tahu apa-apa pasal projek tersebut sebab ia bukan jobscope saya. Bila balik dari mesyuarat, tahu pula mereka cari saya untuk bertanyakan status dalam mesyuarat tersebut, apa yang berlaku , apa tindakan yang perlu dibuat dan sebagainya.


Saya dah jadi macam orang tengah untuk mereka melaksanakan sesuatu kerja. Ini adalah pertama kali saya di alam pekerjaan. Saya tak tahu , adakah betul mcm ni kerja-kerja admin assistant.

Apa harus saya buat..? Sekarang nie kalau nak pindah kerja memang payah sangat nak cari kerja lain...saya pula memang memerlukan income setiap bulan untuk menambah perbelanjaan ibu dan ayah saya. Saya membantu ibu ayah untuk menampung perbelanjaan pengajian adik-adik saya. Serba salah saya dibuatnya.

Harap rakan-rakan disini dapat kongsikan pendapat.

Terima kasih semua...

-Anis-

No comments: