"Kongsikan Luahan Kisah Anda , Kerana Masih Ada Yang Peduli" "Individually, We Are One Drop. Together, We Are An Ocean"

Latest Post

27 Nov 2012

Tips Dan Petua Menjaga Kecantikan Diri & Kebahagiaan Rumahtangga

Setiap isteri pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, seseorang isteri itu boleh kelihatan menarik dan mempesona di mata suami. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh para isteri, samada tua atau muda.
Ustazah menurunkan petua ini untuk kaum isteri/ibu untuk menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam surah al-waqiah. ("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu/isteri untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Petua ini diajarkan oleh Ustazah Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri sentiasa. Kita para isteri boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. InsyaAllah.

     Cara 1:
       Surah Al-Waqiah ayat 35-38  :
     Dilakukan selepas solat Isyak


· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.


Sumber Petikan : http://www.melurhasanah.com/2011/03/amalan-zikir-untuk-awet-muda-dan.html

3 comments:

Anonymous said...

dffgxg

umu said...

very good

ren said...

ok